THIS BLOGS BELONGS TO JKKK G.LINSUM

THIS BLOGS BELONGS TO JKKK G.LINSUM
KONSTRUKTIF. KOMPETITIF. KOMPREHENSIF. : Jikalau hidup hendak selamat,Quran dijunjung dirikan solat. Jikalau hidup hendak berkat,rezeki yang dapat bawa berzakat, Jikalau hidup hendak bermatlamat adat ditatang sepenuh minat, Jikalau hidup hendak sejahtera,hukum tegak undang terpelihara.Jikalau hidup hendak dihormat bersatu hati hidup bermuafakat, Jikalau hidup hendak terpuji fitnah memfitnah hendaklah dijauhi.Jikalau hidup hendak terpandang,arif bertindak bijak memandang.....


More Thanks For The Add Comments
.

Digital Clock


Friday

Lahirkan modal insan yang mampu bersaing di persada antarabangsa




Seremban, 15 Mei – Rakyat negara ini terus diseru dan menghayati pengorbanan serta jasa seorang guru di dalam mendidik anak bangsa malah di kalangan mereka tidak mengenal erti penat dan jemu.
Walaupun tanggungjawab yang digalas oleh warga pendidik ini amat besar, namun dengan dedikasi dan kesungguhan, banyak dasar-dasar yang dilancarkan oleh kerajaan yang mentadbir negara sejak baru mendapat kemerdekaan sehingga kini telah berjaya.
Dasar-dasar yang membawa banyak perubahan kepada negara ini seperti Dasar Membasmi Kemiskinan dan Dasar Membasmi Buta Huruf kini menampakkan hasil apabila ramai rakyat negara ini sudah menjadi warga berilmu dan berada jauh dari aras kemiskinan.
Jelas Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan di Majlis Makan Malam Negeri Sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-42, 2013 di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), malam tadi.
Beliau berucap di hadapan 10,000 warga pendidik yang hadir dari seluruh negara bagi meraikan Sambutan Hari Guru Kebangsaan di mana Negeri Sembilan sebagai tuan rumah.
Beliau turut mengingatkan warga pendidik agar bersyukur bahawa sejarah pentadbiran negara melalui pendidikan sejak 56 tahun lalu telah mengubah negara dari miskin kepada negara membangun.
Justeru, peranan warga pendidik semakin besar kerana fokus pendidikan hari ini bukan lagi mensasarkan kepada membasmi buta huruf, namun cabaran getir menanti dihadapan ialah membangunkan modal insan agar mampu bersaing dengan pasaran antarabangsa.
Di mana, negara ini akan menjadi sebahagian besar blok negara Asean tidak berapa lama lagi.
Katanya lagi, fokus ini perlu lebih jelas bagi melahirkan generasi yang berdaya saing kelak.
Di majlis sama beliau turut menyampaikan anugerah guru cemerlang  pelbagai kategori bagi menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik.

Thursday

Mesyuarat Pengerusi2 JKKK DUN Rantau bersama Pegawai Risda Seremban pada 7.3.2013 Khamis diKg.Seliau.



Mesyuarat diadakan diBalai raya Kg.Seliau pada 7 Mac 2013 jam 3.00 hingga 5.00 petang,Perbincangan mengenai Kehadiran dan penglibatan para peserta yang terdiri dari penduduk DiDUN Rantau.Program anjuran RISDA yang akan diadakan diKampung Seliau pada 14.Mac 2013 bermula jam 8.00 pagi..Semua penduduk di12 buah kampung diminta hadir keProgram tersebut.

Thursday

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rantau

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rantau Negeri Sembilan adalah antara Pusat Khidmat yang terbaik membantu Masyarakat Sekitarnya yang merangkumi 12 buah kampung dan Taman taman sekitarnya. Pusat Khidmat ini terletak di Pekan Rantau Negeri Sembilan sentiasa memberi perkhidmatan,membantu Penduduk dari berbilang kaum.Segala aduan penduduk sama ada yang memerlukan bantuan dan lain lain pemasalahan yang timbul.Pusat Khidmat ini juga ada menyediakan beberapa orang pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang ditempatkan khas pada setiap hari Khamis,Setiap minggu telah ditetapkan 2 orang Pengerusi JKKK bagi memudahkan urusan penduduk untuk menanda tangani borang serta dokumen dokumen penting yang memerlukan tandatangan Pengerusi JKKK.






P

SEJARAH TOK BONGKOK

SELAMAT DATANG KE PORTAL JKKKG.LINSUM. YOU ARE WELCOME

Pihak kami JKKKG.Linsum mengucapkan terima kasih kepada anda kerana menjengguk Portal kami disini. Kami JKKKg. ini ada menyediakan informasi untuk anda mengenali lebih dekat kampong kami dan anda boleh mengetahui sejarah kampong Linsum....sila teruskan untuk cerita selanjutnya...


MAHA (Hari penternak dan peladang)

Mesyuarat JKKK KgLinsum pada 14 July 2012 sabtu

next

next